GINSENG KHOR TOO KIANG (A71531) FAKULTI SAINS KEMASYARAKATAN DAN KEMANUSIAAN PFNGENALAN Ginseng berasal daripada perkataan sehinseng/ jen-shen/ ren-shen (bahasa Cina) yang membawa makna “tumbuhan manusia” .Ini kerana kemiripan bentuk akarnya dengan tubuh manusia .Nama ginseng dalam bahasa Latin atau sainstifik ialah Panax .Panax berasal daripada famili Araliaceae dan mempunyai hubungan yang rapat dengan famili Panacea .Panax bermaksud mengubati segala penyakit .Ginseng China lebih dikenali sebagai Panax ginseng .Selain itu ,terdapat juga ginseng liar di benua Amerika Utara yang dikenali sebagai Panax quinquefolium .Sementara di Jepun ia dikenal sebagai Panax japonica. Ginseng adalah terkenal di kalangan masyarakat Cina dan Korea sebagai ubat sejak 5000 tahun yang lalu .Ginseng dipercayai selama berabad –abad untuk menjaga kesihatan dan menyembuhkan penyakit serta telah berbudaya dalam kehidupan masyarakat Cina dan Korea sampai hari ini .Ginseng China dan Korea ternyata merupakan tanaman yang sama jenis iaitu Panax ginseng dari famili Araliaceae .Seiring dengan kemajuan masa kini , ginseng telah diusahakan dalam pelbagai bentuk produk untuk dipasar ke luar negeri.Antara produk yang dipasarkan ialah the ginseng ,tablet dan madu. PERTUMBUHAN GINSENG Ginseng ialah tumbuhan yang berumur panjang dan boleh tumbuh sehingga beratusan tahun .Ginseng liar biasanya tumbuh berlimpah di hutan –hutan pergunungan yang gelap dan daerah yang memiliki iklim 4 musim yang berbeza.Ginseng adalah tumbuh di bawah naungan pohon- pohon lain dan menghindari secara langsung dari sinar mahatari .Ginseng memang akan merana kalau tumbuh di tempat terbuka.Ginseng juga memerlukan curah hujan yang cukup dengan fluktuasi siang dan malam yang besar .Tanah yang sesuai untuknya ialah lempung berpasir . Pertumbuhan ginseng adalah lambat sekali .Pada umur 5 tahun ,tanaman baru mulai bercabang dan berbatang dua kerana cabang itu muncul langsung dari tanah.Pada umur itu tanaman belum berbunga .Setelah berumur 10 tahun dan bercabang empat barulah ada satu cabang khusus yang ditumbuhi bunga .Ginseng akan berbunga pada setiap musim bunga .Sesebatang ginseng yang matang akan mempunyai 5 daun di tangkainya.Tiga daun berukuran besar dan dua lagi berukuran kecil.Kuntum bunga ginseng adalah berwarna kelabu dan akan bertukar menjadi gugusan buah yang berwarna merah tua pada penghujung musim panas.Bunganya berukuran kecil seperti biji kemiri. Bentuk akarnya berbentuk seperti tubuh manusia .Akarnya bercabang dan panjang.Kulitnya kuning dan putih dalam bahagian dalaman .Panjangnya bervariasi iaitu daripada beberapa sentimeter(pada tanaman yang berumur beberapa tahun ) sampai 30 cm (pada tanaman 10 tahun ke atas ),Akarnya berbau pahit dan manis.Sari akar ginseng itu mengandungi panaksosida(sejenis glikosida saponin).
JENIS –JENIS GINSENG Ginseng dapat dibahagikan kepada 2 jenis variasi yang asli.Yang diketahui oleh kebanyakan orang ialah Panax ginseng dan Panax quinquefolius.Panax ginseng juga dikenali sebagai ginseng Asiatic ,China atau Korea.Panax quinquefolius juga dikenali sebagai ginseng Amerika.Disamping itu ,terdapat juga ginseng lain yang dikenali sebagai Panax notoginseng,Panax pseudo-ginseng,Panax japonica,Panax trifolius,Panax zingeberinsis,Panax stipuleanatus,dan Panax vietnamensis.Semua ginseng yang asli mempunyai nama genus Panax dalam bahasa Latin ( Saintifik ) . Terdapat juga banyak variasi tumbuhan yang sama dengan ginseng tetapi bukan ginseng asli. Kesemua itu ada yang berkait dengan ginseng tetapi kebanyakan adalah tidak ada hubungan langsung dengan ginseng asli. Antaranya ialah Eleutheroeoccus senticosis ( Serbian ginseng ) yang ada hubungan dengan ginseng asli tetapi bahan kimia adalah berlainan .Pfaffia paniculata (Brazilian,Suma atau Amerika Selatan ginseng) adalah tidak ada berkaitan dengan ginseng asli dan tidak ada bahan kimia yang sama.Di samping itu ,ginseng Korea adalah sama asalnya dengan ginseng China iaitu Panax ginseng. Kedua-duanya berasal dari Manchuria iaitu utara China dan Korea utara.Panax ginseng adalah berwarna merah kerana ginseng tersebut telah diproses dengan cara-cara rahsia oleh pencari ginseng bagi tujuan mengeringkannya. Kesan Panax ginseng ke atas fisiologi badan manusia ia akan memanaskan badan manusia mengikut kepercayaan orang Cina tentang prinsip Yin Yang. Sementara ginseng Jepun adalah mirip kepada ginseng Cina dari segi batangnya tetapi berbeza dari segi akarnya.Akar Panax japonica lebih mirip kepada akar bambu .Rasanya juga lebih pahit dan mudah harganya. Ia lebih banyak dipakai sebagai ubat batuk dan antidemam.Buah ginseng juga banyak dimanfaatkan sebagai ubat dan tidak terhad kepada akarnya.Kandungan ginsenosida lebih banyak tumpu di buahnya berbanding dengan akarnya. Ginseng Amerika (Panax quinquefolium) mengandungi panaquilin (di Amerika disebut sang) adalah berukuran tinggi 10-20 inci .Akarnya bercabang samar seperti kaki dan tangan manusia .Selain itu , rasanya agak pahit pada permulaan dan manis kemudian .Di Amerika, ekstra akar sang dipakai sebagai adaptogen .Nilai perubatan ginseng Amerika adalah lebih tinggi daripada Panax ginseng kerana kandungan ginsenosida adalah lebih tinggi daripada Panax ginseng .Akan tetapi terdapat sesetengah jenis ginsenosida yang terkandungan di Panax ginseng adalah tidak dapat di ginseng Amerika. KANDUNGAN GINSENG Kandungan kimia yang telah diketahui adalah saponin dan glikosida. Glikosida pada akar ginseng dikenal sebagai ginsenosida .Selain itu, akar ginseng juga mengandungi 16jenis ginsenosida seperti minyak asiri ,panasena,resih,musilago,asam panax,fitosterol,hormon,vitamin B,kabohirat dan selulosa.Pada tahun 1960 an, sejenis sebatian yang dikenal sebagai “terpenidol glycisides” telah ditemui oleh pengkaji-pengkaji Moscow dan Tokyo.Eksperimen telah dijalankan ke atas tikus dan didapati sebatian tersebut telah membekalkan tenaga kepada tikus tersebut.Sebatian tersebut telah dikesan dan disahkan terdiri daripada molekul gula dan molekul terpenoid.Terpenoid ialah sejenis hormon tumbuhan yang serupa dengan hormon haiwan .Kemudian “terpenidol glycisides” telah dinamakan ginsenosida.Yang menjadikan ginseng terkenal sebagai “ubat segala penyakit” ialah peranan yang dimainkan oleh ginsenosida. Jadual jenis kandungan ginsenosida dalam ginseng Ginsenosida % kandungan dalam ginseng Ro 0.2-0.4% Ra1 0.02% Ra2 0.03% Ra3 unsur surih Rb X Rb1 0.37-0.5% Rb3 unsur surih Rc 0.13-0.3% Rd 0.15% Re 0.15-0.2% Rf 0.05% Rg 0.05% Rg1 0.2% Rg2 unsur surih Rg3 unsur surih Rh1 unsur surih Rs1 unsur surih Rs2 unsur surih MRb1 MRb2 MRc PEMPROSESAN GINSENG Ginseng dapat diproses dengan pelbagai cara.Akar ginseng yang digali dari dalam tanah dinamakan watery ginseng (su-sam).Su-sam diproses menjadi akar ginseng putih (pac-sam) ,akar ginseng kuning(hwang-sam) dan akar ginseng merah(hong-sam). Akar ginseng putih diperolehi dengan mengupas su-sam dengan pisau yang dibuat daripada bambu. Setelah dibersihkan , ia dikeringkan di bawah sinaran matahari.Jika cuaca tidak mengizinkan ,maka ia perlu dikeringkan di atas api (arang) atau dalam oven . Ginseng kuning diperolehi dengan mengupaskan atau mengkukuskan su-sam lalu ia dikeringkan .Sementara ginseng merah dibuat dengan mengstimkan su-sam selama 3-4 jam ,lalu meletakkan di ruang kering dan dipanaskan di bawah matahari.Dengan proses stim yang betul , ginseng dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa menjejaskan khasiatnya. Ginseng putih adalah berwarna sedikit kuning putih sementara ginseng merah berwarna bening dan coklat kemerahan.Kandungan kimia terutamanya unsur ginsenosida dan saponin kedua-kedua jenis ginseng adalah berbeza. KHASIAT DAN KEGUNAAN GINSENG Ginseng merupakan anugerah terbaik tuhan kepada manusia kerana untuk menjaga daya ketahanan mental dan fizikal manusia.Ginseng banyak digunakan oleh masyarakat Cina , Korea , Jepun , Eropah , Rusia dan Amerika Syarikat sebagai ubat awet muda , stimulan ,penyegar dan sebagai ubat memanjangkan umur manusia .Adalah dipercayai oleh masyarakat Cina dari segi perubatan tradisional bahawa semakin tua ginseng tersebut maka semakin khasiat ginseng tersebut dan sudah tentu lebih mahal harganya. Di Korea , ginseng lebih terkenal sebagai ubat untuk menjaga kesihatan , mencegah timbulnya penyakit , memperbaiki kesihatan secara umum dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh . Hampir setiap hari mereka meluangkan masa untuk meminum teh ginseng . Secara umum, khasiat ginseng adalah untuk: a)Menguatkan tubuh dan menyimpan energi; b)Menguatkan fungsi jantung dan menghilangkan stress ; c)Penawar racun dan meningkatkan ketahanan melawan penyakit ; d)Menyempurkan diabetes dan menguatkan fungsi limpa ; e)Mencegah masuk penyakit melalui organ pernafasan ; f)Merangsang pembentukan darah dan memperbaiki sistem sirkulasi; g)Menggiatkan sistem pencernaan dan membantu menjalankan fungsinya dengan baik. Selain daripada itu , ginseng dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit . Antaranya ialah : Merawati kanser Pengkaji-pengkaji Korea dan Rusia mendapati pesakit yang memakan dos ginseng yang ditetapkan berkemampuan menahan peningkatan penggunaan dadah anti kanser .Eksperimen telah dijalankan ke atas tikus dimana tikus yang diberi ginseng berjaya merendahkan paras klorohidrat , ubat pelali dan alkohol dalam badannya. Ahli sains juga mendapati bahawa tikus tersebut menyembuh dengan lebih pantas dan apabila dipancar dengan sinar -X, daya resisten bertambah dua kali ganda. Menambahkan keharmonian rumahtangga Para pengkaji mendapati ginseng mengandungi kandungan tertentu yang boleh merangsang keaktifan hormon seks dan menambahkan kekuatan lelaki dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami .Di Rusia , doktor mendapati bahawa ginseng dapat mengubati pesakit yang mandur dan memantapkan peredaran kitar haid . Penuaan Ginseng melambatkan proses penuaan yang umum dengan menjanakan proses pengaliran darah yang sihat. Ginseng mencegah penyakit kardiovaskular dan mengurangkan keletihan badan.Maka ginseng boleh dikatakan sebagai perangsang yang selamat untuk kegunaaan berterusan.Pada awal dinasti Shang , penduduk pada waktu itu telah tahu menggunakan ginseng untuk mengurangkan kesakitan pada sendi. Diabetes Ginseng digunakan untuk mengubati diabetes kerana keberkesanan ginseng mewujudkan satu sistem metabolisme yang sihat dan bersih .Diabetes ialah ketidakseimbangan paras glukosa dalam darah.Ginseng boleh meningkatkan glukosa dalam darah jika badan kekurangan glukosa akibat kesuntikan insulin yang berlebihan . Sebaliknya jika glukosa dalam tubuh haiwan meningkat dengan mendadak ginseng boleh merendahkannya. Inilah fungsi ginseng sebagai pengimbang aras glukosa dalam tubuh manusia. Walaubagaimanapun , ginseng hanya boleh digunakan sebagai pembantu ubat dan bukan sebagai pengganti ubat. Mengurangkan tekanan kehidupan Kajian yang lepas dan masa kini menunjukkan ginseng berkesan menangani masalah tekanan hidup. Kajian yang dijalankan di Korea , Rusia , Bulgaria , Amerika Utara dan London telah mendapati bahawa tikus yang diberi dos ginseng akan melengahkannya daripda tekanan hidup.Buku yang berjudul “Ginseng ,The Magical Herb of the East” yang dikarang oleh Stephen Fulder , menyatakan pengambilan ginseng membolehkan seseorang di bawah tekanan kembali kepada normal dengan cepat. Adalah menjadi tradisi bagi askar Cina membawa ginseng ke medan peperangan dengan tujuan mengurangkan tekanan dan meningkatkan kecergasan askar Cina. Sementara pengkaji China dan Korea mendapati bahawa ginseng memberikan kesan positif kepada kelenjar adrena dan aktiviti minda. Tenaga , kecergasan dan daya ketahanan Pada tahun 1980 an , segolongan pengkaji dari Universiti California mendapati bahawa keefisenan penghasilan tenaga dalam badan . Ketika haiwan melakukan kegiatan kecergasan seperti bersenam . Ginseng akan membekalkan lebih banyak tenaga untuk meningkatkan pencapaian seseorang itu. Di samping itu , ginseng dapat menstabilkan kadar metabolisme badan dengan menggalakkan pencernaan makanan , penghasilan tenaga dari makanan yang dicerna dan menyingkirkan toksik dalam tubuh badan.Kandungan ginsenosida dalam ginseng mungkin memanfaatkan sistem saraf dalam tubuh manusia dengan mengalirkan lebih banyak darah ke otak dan mengaktifkan neuron tranmister di otak Menguatkan sistem keimunan Di Jepun , para pengkaji mendapati bahawa ginseng dapat menguatkan sistem keimunan dengan mengukuhkan daya ketahanan sel darah putih yang bertindak sebagai pengawai keselamatan dan antibodi bertindak sebagai senjata yang melawan mikroorganisma.Ginseng memperbanyakkan sel darah putih dengan merangsang proses penghasilan sel darah putih di sumsum tulang. KAJIAN SAINSTIFIK TENTANG KESAN GINSENG Sebenarnya eksperimen sainstifik tentang keberkesanan ginseng telah banyak dijalankan dan mendapati bahawa dakwaan orang Cina tentang fungsi ginseng sebagai ubat adalah sah dan benar.Walaubagaimanapun , terdapat juga kajian yang dijalankan mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak sah . Kenyataan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan nyata ia perlu dijelaskan secara teliti untuk menghapuskan kemusyikiran dikalangan pengamal ginseng. Orang Cina adalah mempercayai bahawa Panax ginseng berguna untuk memelihara kesihatan dan mencegah penyakit pada musim sejuk dan luruh .Panax ginseng melambangkan Yang , kepanasan dan tenaga ,oleh itu ia tidak sesuai digunakan pada musim panas . Sebaliknya , ia sesuai digunakan untuk merawat dan mencegah penyakit “sejuk” seperti kekurangan peredaran darah , percernaan , pertumbuhan metabolisme lambat dan kekurangan keinginan seksual. Panax ginseng juga sesuai digunakan sebagai perangsang untuk mewujudkan tindakbalas rangsangan bagi orang yang lemah dan tua serta orang yang tidak sihat badan . Ginseng Amerika melambangkan Yin , sejuk , dan rangsangan mempermuda.Oleh itu, ia sesuai digunakan pada musim bunga dan musim panas. Dengan kata lain , ia lebih berkesan pada cuaca panas. Menurut sesetengah orang Cina , Panax ginseng mencipta aktiviti rangsangan dan ginseng Amerika membina tenaga (Stephen Fulder- The Ginseng Book, 1996). Ginseng Amerika sesuai untuk digunakan oleh orang yang muda , sihat dan aktif badannya. Ini semua adalah kerana orang Cina mempercayai bahawa Panax ginseng memberi kesan kepada orang yang tua brbanding ginseng Amerika yang memberi kesan kepada orang yang sihat dan aktif. Banyak kajian menunjukkan bahawa ginseng tidak memberi kesan jika pengendalian ramuan ubatnya salah terutama menurut perubatan tradisional Cina . Menurut kajian yang dijalankan secara rawak ke atas 120 orang termasuklah lelaki dan perempuan yang berumur antara 30-60 telah menampakkan kesan baik daripada penggunaan ginseng .Bagi golongan tua iaitu dalam lingkungan umur 40-60 , penggunaan ginseng telah mendatangkan hasil yang baik dalam memperbaiki fungsi paru-paru terutama bagi mereka yang menghidap barah paru-paru.Daripada statistik yang dikumpul , ia menunjukkan orang yang dikaji setelah menggunakan ginseng kesihatan mereka semakin baik berbanding kumpulan penawar(P.0.01-0.001) . Bagaimanapun , bagi golongan muda (umur 30-40) ia tidak menunjukkan sebarang kesan (Forgo , 1980 , Forgo et al , 1981 as quoted on The Ginsengs by Christopher Hobbs. 1996.). KESIMPULAN Memang tidak dapat dinafikan bahawa ginseng memainkan peranan yang penting dalam perubatan tradisional Cina bagi mencegah penyakit dan memelihara tubuh badan supaya sentiasa sihat kerana mencegah adalah lebih baik daipada mengubat. Oleh itu , sejak dulu lagi ginseng telah digunakan sebagai ubat dalam penggunaan harian dalam masyarakat Cina dan Korea.Semakin tua ginseng maka semakin bernilai ginseng tersebut dalam mengubati penyakit serta khasiatnya lebih tinggi. Ginseng juga digunakan untuk memanjangkan umur berdasarkan metos bahawa ginseng telah wujud beratus –ratus tahun .Maka orang yang makan pun akan panjang umur seperti ginseng . Ginseng adalah tidak dapat berpisah daripada masyarakat Cina dan Korea. Sekarang ginseng telah mendapat kedudukan dalam bidang perubatan Cina dan barat . RUJUKAN Rianti Budhipramana .1995 .Dunia Ginseng Di Korea .TRUBUS , Januari: 12 13. Slamet Soeseno /Untung Jaya . 1995 . Ginseng Asli dan “Asli” . TRUBUS , Januari :18 19 http:// www .geocities . com / College Park / Hall / 892. / lim eng. htm http :// www . crazy about . com / herb /ginseng . htm
|